Thursday, December 27, 2007

Cup Cakes Mama


Pada 25 December 2007 Mama telah gi blajar buat cup cakes dengan Cifu Lynn . Seronok betul dapat belajar dengan Lynn walaupun Mama ni belum mahir lagi tapi alhamdulillah dapat jugak buat dalam cubaan pertama nih dalam waktu yang singkat. Inilah hasil buatan Mama yang tak seberapa nih..



Happy 4th Birthday buah hati Mama












Tuesday, December 18, 2007

Chocolate Moist Cake, Cheese Cake and Carrot Cake



Carrot Cake ====>













<===== Cheese Cake














Chocolate Moist Cake ====>

Tuesday, November 27, 2007

Happy 4th Birthday Faris Irfan


Salam dari MamaBakers,

Pada 24 November yang lalu, Mama telah buat kek harijadi buat Faris Irfan dari Playworks group Putrajaya. Kek yang simple jer...dari anak Mama Haziq untuk kawan Playgroupnya...


Thursday, November 01, 2007

Selamat Hari Lahir IBU ku sayang


Salam November dari Mamabakers...

Pejam celik pejam celik dah bulan November dan nak akhir tahun 2007 dah...cepat betul masa berlalu...
OOhhh kali ni Mama nak tunjukkan gambar kek yang telah Mama buat khas untuk kawan Mama di Putrajaya..Kek ini ditempah khas untuk hari lahir isterinya yang tercinta pada 31 Oktober 2007.
Disebabkan Mama dapat tempahan last minute jadi agak kelam kabut jugak la...alhamdulillah dapat jugak buat kek nih untuk kawan Mama tuh tapi decoration nye simple jer..Tak taulah apa komen kawan Mama tuh..harap dia puas hati dengan kek Mama buat ni...





Thursday, October 25, 2007

Selamat Bertunang Adilah & Nazri




Untuk makluman semua, kek ini telah mama buat khas untuk majlis pertunangan sepupu mama di Masjid Tanah Melaka pada hari Isnin, 15 Oktober 2007 bersamaan 3 Syawal 1428H.

Mulanya mama dah buat kek royal icing untuk majlis ni tapi entah apa silapnya decoration kek tak menjadi...sedih betul mama...akhirnya mama buat kek butter cream untuk sepupu mama nih...

Sorry ye Adilah..insyallah next time mama cuba buat Kek Royal Icing utk dila yea...

Friday, October 12, 2007

Salam Aidilfitri

MamaBakers mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 12, 2007

Kerepek oh kerepek

Salam,

Alhamdulillah dapat lagi kita bersama di bulan Ramadhan kali ini, Mama ucapkan selamat datang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatannya..Dan sempena bulan Ramadhan ini juga seperti kebiasaannya Mama ada menjual kerepek untuk juadah raya..Kalau ada para mama di luar sana dan kengkawan yang ingin order kerepek Mama ini bolehlah buat tempahan dari sekarang sehingga 11 Ramadhan ini ye sebab lepas tu Mama dah tak ambik lagi order. Bukannya apa, sebabnya Mama akan serahkan suma order tu selewat-lewatnya 30 September ini...

Kalau ada yang nak order selepas 11 Ramadhan tu, insyallah Mama bole bagi selepas raya jer...














Kerepek Kacang Hijau --> 1/2 kilo RM9

















Kerepek Ubi Tomato --> 1/2 kilo RM8











Kerepek Ubi Pedas --> 1/2 kilo RM8








Kerepek Pisang --> 1/2 kilo RM8

Kursus Jahit Sulam Manik DPP



Salam,

Pada hari ahad lepas 9 September 2007, Persatuan Wanita Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Kursus Asas Jahit Sulam Manik di Surau Al-Hijrah pada pukul 2 hingga 6 petang. Kursus ini adalah anjuran bersama Kolej Komuniti Hulu Langat. Cikgu yang mengajar ialah Cik Helma Mohd Ali. Mama pun telah menyertai kursus tersebut dan sempat jugak buat satu kek khas untuk para Mama DPP. Inilah gambar yang sempat Mama ambik masa kursus tu..gambar lain tak sempat nak ambik sebab suma orang concentrate dengan jahit sulam tu termasuklah Mama sekali...he he he..

Insyallah lain kali, kalau ada kursus yang lain Mama akan cuba ambik suma gambar yea...


Selamat Pengantin Baru Shida & Fitri


Pada 8 September 2007 cousin Mama Shida telah melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinannye di Desa Pandan. Majlis pernikahannya telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan pada pukul 9 pagi.
Dan majlis persandingannya telah diadakan pada pukul 2 petang. Mama telah menghadiahkan sebiji Kek khas buat pengantin baru ni...sebagai tanda kenangan buat pengantin baru ni..
Mama mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Shida & Fitri. Semoga bahtera yang baru dilayari ni akan kekal sehingga ke akhir hayat...

Wednesday, August 08, 2007

Cup Cake Mama

Hai, kali ni mama nak kongsi gambar cup cake yang telah mama buat bersama buah hati mama Haziq tu..Bukan main lagi anak Mama ni...ada bakat buat cup cake decoration tu...siap suruh mama ambik gambar lagi...
Mama pun seronok tengok telatah sayang Mama tu...

Camni ler rupa cup cake yang telah kami buat pada malam semalam...





Thursday, July 26, 2007

Cup Cakes ker Kek Comel

















Cup Cakes ker Kek Comel ni....

































































comel tak kek cawan ni...kek ni sebenarnya bukan mama yang buat...he he he tapi telah ditempah untuk besday somebody di ofis mama..nak tau ker camne buatnye...ooo senang jer ..resepinye macam buat kek krim jugak cuma dimasukkan dalam cup/cawan kertas sajer...lepas itu kita hias letak krim di atasnye ikut design sendiri...simple kan...


Selamat mencuba dari Mama yee...

Thursday, July 12, 2007

Royal Icing Cake

Kali ni saya nak cerita pasal Royal Icing Cake atau di kenali sebagai Fondant Cake..tapi sebenarnya kedua-duanya adalah benda yang sama ..















































So kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah order dengan MamaBakers yea...

Friday, June 15, 2007

Puding Karamel Jagung

Gula Hangus

Bahan

1 cawan gula kastor/kasar
1 cawan air

Caranya

goreng gula castor atas api sederhana kacau hingga kekuningan + masukkan air dari lelehan tepi secara perlahan-lahan & kacau hingga cair spt air teh

Bahan (utk loyang)

10 biji telur (gred B)
1 tin susu cair (Carnation)
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila (ikut citarasa)
1 cawan krim jagung
*1 tin susu-air (utk bekas kecil guna 4 cawan air paip)
1 sudu kecil pes jagung (ikut citarasa)

Nota

guna salah satu esen vanila/pes jagung


Caranya

* Panaskan air kukus
* 10 biji telur + susu cair carnation + gula + sdk vanila + 1 tin susu-air paip & kacau ala2x manja
* + krim jagung & kacau sebati

Utk dlm dulang

tuang gula hangus sdk + puding karamel & kukus selama 45 mnt & sejukkan dlm fridge sebelum dimakan.

Utk bekas kecil

masukkan gula hangus sdk (ikut citarasa) dlm bekas kecil & masukkan karamel atas gula hangus. Cara tuang/curah ke sudu & tak payah tutup

Terus masuk dlm kukus dlm api besar & kukus selama 15 - 20 mnt
Setiap 5 mnt bukak tutup kukus caranya senget utk buang air pd penutup kukus tersebut

Nak tau camne dah masak ialah bila nampak gelembung pd karamel tu..

Angkat & kalau ada air tuang air keluar & terus masuk fridge sebelum dimakan...

Selamat mencuba dari Mama...anak-anak mmg suka makan karamel nih....

Thursday, June 14, 2007

Chilled Cheese Blueberry Cake

Bahan dasar

Bahan dasar ni boleh terdiri drp :-

1)kek sponge
2)biskut marie

20 keping biskut marie (cococrunch/cornflakes-> blend halus)
150 gram mentega dicairkan
(gaul rata & mampatkan dlm acuan boleh buka)

Bahan Kek
A
60 ml air masak suam/panas
1 1/2 sudu besar gelatin
(taburkan gelatin atas air dan cairkan secara teknik bain-marie)

B
250 gm cream cheese philladelpia
200 gm susu pekat manis
100 gm krim putar (whipping cream Rich)
250 gm blueberry filling
1 sudu kecil pes lemon

* Ketebalan base ikut citarasa sendiri

Caranya

* Cairkan mentega aas api - ketepikan
* blend halus biskut marie + mentega cair & gaul sebati
* masukkan dlm loyang & ratakan - ketepikan
* boleh bakar seketika dlm oven atau pun tidak

A
* mixer - cream cheese + susu pekat manis pukul hingga gebu putih guna k beater
* air suam + tabur rata gelatin - spy kembang & panaskan atas air panas guna teknik double boiler hingga sebati (tak berbiji)

B
* masukkan gelatin secara perlahan ke dlm adunan A secara lelehan tepi & putar sebati
* + whipping cream perlahan-lahan + pes lemon dlm B
* masukkan adunan dlm loyang & ratakan
* paipkan blueberry filling dlm loyang & corak guna lidi
* masukkan dlm fridge


Selamat mencuba dari Mama....

Wednesday, June 06, 2007

Puding Roti Mama

Bahan

6 biji telur gred B
1 tin susu cair (Carnation)
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
1 tin susu-air
1 sudu kecil esen vanila/jagung
6 keping kerak roti sandwich
500 gram reja roti (bahagikan kepada 2 bahagian)
Kismis atau coklat cips

Caranya

* Sapu loyang dgn marjerin->ketepikan
* panaskan oven yang dah masuk loyang berisi air ->suhu 140'C-150'C
* potong tepi roti(kulit/kerak)->ketepikan
* masukkan 6 biji telur dalam bekas + 1 1/2 cawan gula halus + sdk esen vanila - kacau + susu cair + 1 tin susu-air paip --> kacau sebati
* proses celup roti dlm adunan sekejap - bhg atas roti & susun dlm loyang & tekan sdk + tabur kismis/coklat cip/kulit kayu manis
* masukkan bhg tepi roti dlm adunan celup sekejap, toskan & ratakan atas loyang
* utk lapisan atas, celup & susun roti putih atas loyang tadi / letak roti red bean yg telah dipotong kecil & celup & susun atas loyang & tekan
* curah lebihan kuah tadi atas roti, tabur kismis & coklat cip atas adunan
* masuk loyang dlm oven dan bakar ikut ketebalan kek, rasa kek selamat 20 - 40 minit.
* kalau nak puding roti yg lembik, bakar l/kurang 20 mnt jer & angkat. Sejukkan & letak dlm fridge
* potong & hiaskan strawberry filling atas puding roti

SeLaMaT MeNcUbA ye ...

Saturday, May 19, 2007

Bun dan Donut

Nak belajar cara buat Bun dan Donut tak? Cuba ler resepi yang Mama telah blajar dari Chef Musa ni yer..pasti gebu... he he he..

Bahan-bahan

Tepung Roti/Tepung High Protein 1 kg
Gula 200 gram
Yis 20 gram
Susu Tepung 50 gram
Improver 4 gram
Garam 20 gram
Telur (Grade A,B) 1 biji
Marjerin/Shortening(Lemak Sayur) 200 gram
Ais/Air sejuk fridge 500 ml

Proses Kerja

Campurkan semua bahan ke dalam mixer tapi air tinggalkan dalam 200 ml
gunakan speed 1 masukkan baki air 200 ml perlahan-lahan sedikit2x
Kemudian tukar speed 2-3 dlm 15 mnt hingga doh (bila tarik tak putus macam buat roti canai tu) adun doh hingga jadi elastik
Rehatkan doh 10 minit. Kemudian timbang doh 65 gram & bulatkan dan rehatkan 10mnt. Selepas tu bolehkan bentukkan doh ikut jenis bun yang hendak dibuat dan letakkan dlm tray
masukkan doh dlm proofer hingga doh naik 2 x ganda
keluarkan doh lakukan proses hiasan akhir ke atas doh
masuk tray dlm oven bakar suhu 180'C selama 15 mnt (tambahkan masa sekiranya doh belum cukup masak)
keluarkan tray dan sapukan marjerin (glasing) atas doh supaya berkilat dan bun sudah pun siap utk dimakan....

Utk pengetahuan puan-puan resepi ini boleh buat pelbagai jenis bun seperti Sausage Cutter Pizza, Mexican Bun (Roti Boy), Sausage Bun, Butter Bun, Cheese Bun, Tuna Bun, Mini Pizza, Cheese Stick Bun, Sausage Roll Bun, Custard Bun, Chicken Mayo Bun, Cinnamon Roll Bun dan juga Donut...


Jadi apa tunggu lagi,Selamat Mencuba ye...

*Insyallah nanti Mama akan cuba letakkan gambar bun & donut ye..



--> Buat Chef Musa, terima kasih Chef sebab ajar Mama buat bun dan donut yang mmg gebu dan mengancam nih... he he

Thursday, May 17, 2007

Roti Arab

Salam keluarga bahagia dari MamaBakers..Pernah ker puan-puan makan roti arab ni...Kalau nak tau, roti arab ni memang kegemaran Mama sekeluarga. Roti ni bole dimakan bersama kuah kari, soup, sambal sardin atau sambal tumis ikan bilis.. mesti terangkat..so Mama nak share resepi yang mama blajar dengan Chef Farid yang lebih ringan dan gebu...mengancam u....



Resepi

High Protein Flour/Tepung Roti 500 g
Gula 25 g
Margerin 25 g
Yeast 10 g
Improver 5 g
Air Sejuk 250 ml



Proses Kerja:

--> Adunkan semua bahan > Rehatkan Dough 10 Minit < timbang Dough 120 g < Rehatkan dough 10 minit < Ratakan dough (Macam Buat Pizza) < Isikan dough yang telah rata ke dalam bekas kek acuan bulat 7" X 7" < Biar kan ianya naik 2 x ganda < Bakar pada suhu 190 C atau brape lama bakar kene tengok jenis oven yang digunakan selama 15 minit pertama atau bakar hingga warna keperangan....


Selamat mencuba...

Tuesday, May 15, 2007

Buat Roti Makan Roti...yam yam yam


Hai,

Kali ni Mama nak share macamana cara buat roti pulak..Mama ada jugak gi blajar dengan Chef Musa buat beberapa jenis roti yang biasa kita makan tuh..tapi berapa pandai lagi buat roti ni...so jgn tak cuba tau....



French Loaf Bread / Roti Perancis

Bahan


Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 10 gram
*Garam 10 gram
Improver (utk kembang) 5 gram
Yis kering 10 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin/planta/butter (utk lembut)*Optional 25 gram
Susu Tepung 20 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 300 ml (ikut dough mesti tak lembik/keras

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga sebati guna acuan roti. Speed 1, bila dah sebati tukar speed 2 hingga tak melekat & sebati (hingga 15 mnt)

--> Keluarkan doh, lakukan proses "Bantingan" perap 1 jam & tutup dgn bekas/kain basah
--> Rehatkan doh selama 1/2 - 1 jam. (Ikut cuaca kalau panas tak perlu tunggu perap lama. Bila doh naik 2x ganda dah boleh bhgkan doh)
--> Bahagikan doh seberat 200-350 gram
--> Bulatkan doh dgn proses bulat & rehatkan selama 1/2 jam
--> Ratakan doh dan gulung doh tersebut
--> Letakkan doh atas dulang pembakar
--> masukkan dlm proofer/secara semulajadi, biarkan doh kembang sekali ganda
--> Keluarkan dulang dan sapukan doh dgn air, lakukan proses ini berhati-hati agar tidak cederakan doh
--> Bakar pada suhu 200'c selamat 20 mnt

Garlic Spread

Marjerin
Bwg putih
Daun bwg/pasli

Blend bhn diatas hingga sebati dan sapukan pada roti utk dimakan


Potato Bread/Raisin Bread

Bahan

Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 50 gram
*Garam 5 gram
Susu Tepung 25 gram
Telur 1 biji
Yis kering 10 gram
Potato Flake 100 gram
Marjerin (utk lembutkan doh 50 gram (Kalu nak lebih pun bole)
Air Sejuk / Ais dlm fridge 300 ml - 450 ml
Pewarna kuning - Lemon/yellow color
*Raisin (utk Raisin Bread shj) 50 gram

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga jadi elastic. Speed 1 bila doh sebati tukar speed 2 hingga doh sebati
--> Keluarkan doh dan rehatkan selama 5-15 mnt
--> Bahagikan doh seberat 40 gram (utk potato bread), 250 gram (utk raisin bread) dan susunkan doh sebyk enam biji di atas dulang pembakar
--> Masukkan dulang pembakar dlm proofer hingga doh naik 2x ganda
--> sediakan tepung kastad (utk topping) yang dicampur dgn air, masukkan dlm piping bag
--> picitkan piping bag atas doh
--> masukkan doh dlm oven, bakar selama 18-20 mnt 180'c


Whole Meal Bread

Bahan


Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 75 gram
Garam 7 gram
Improver (utk kembang) 5 gram
Yis kering 10 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin 50 gram
Susu Tepung 20 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 400 ml
Telur 50 ml/1 biji
Tepung Oat 100 gram

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga jadi sebati kecuali oat flour
--> bila doh dah sebati masukkan oat flour
--> keluarkan doh lakukan teknik "Bantingan"
--> rehatkan doh selama 5 mnt
--> bahagikan doh seberat 200 gram
--> rehatkan kali ke2
--> bentukkan doh berbentuk oval/bulat
--> letakkan doh atas dulang pembakar, masukkan dlm proofer
--> doh akan kembang 2x ganda
--> keluarkan doh, dan sapukan air atas doh
--> bakar 180'c selama 20 mnt

Sandwich Bread


Bahan



Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 50 gram
Garam 15 gram
Improver (utk kembang) 7 gram
Yis kering 15 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin/ Shortening 45 gram
Susu Tepung 25 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 250 ml

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan selama 1/2 jam hingga jadi sebati
--> Keluarkan doh, lakukan teknik "Bantingan"
--> Rehatkan doh hingga naik 2x ganda
--> Bahagikan doh seberat 450 gram bulatkan , 1 bhg putih 1 bhg doh + pewarna coklat (kene mixer hingga sebati
--> Rehatkan kali ke2
--> Ratakan doh gunakan rolling pin, gulung doh
--> Letakkan doh ke dlm mould tutup dgn tray
--> masukkan dlm proofer
--> doh akan kembang 2x ganda
--> keluarkan doh
--> bakar 180'c selama 20 minit

Friday, May 11, 2007

Nak Blajar Swiss Roll tak ??






























Salam,

Mama nak kongsi resepi buat Swiss Roll...sebenarnya tak susah buat swiss roll ni..so jgn tak cuba...


* Bahan yg digunakan sama seperti buat Black Forest Cake cuma tambah...

Perasa vanilla/strawberry/pandan/koko


Caranya

Lapik acuan kek/tray dengan kertas















masukkan adunan dlm tray














timbang berat 1000g - 1200g berat adunan bersama dgn tray skali
titikkan sdk pewarna atas adunan dan buat corak lorek atas adunan tu
Bakar dlm oven 180'C selama 15-20 minit mengikut jenis oven yg digunakan
















Selepas kek masak, terbalikan kek atas kertas
potong serong sdk bhg hujung kek dan sapukan butter cream atas kek tu
gulung kek tu dgn cara tolak kek hingga jadi spt swiss roll


















Camtulah caranya...senang jer kan ..harap puan-puan cuba buat resepi ni dan jgn "give-up"
kalu tak jadi..cuba buat lagi sehingga jadi...Mama pun macam tu jugak..1st time try tak jadi..pastu try lagi beberapa kali baru ler jadi...


Selamat mencuba dari Mama...