Saturday, May 19, 2007

Bun dan Donut

Nak belajar cara buat Bun dan Donut tak? Cuba ler resepi yang Mama telah blajar dari Chef Musa ni yer..pasti gebu... he he he..

Bahan-bahan

Tepung Roti/Tepung High Protein 1 kg
Gula 200 gram
Yis 20 gram
Susu Tepung 50 gram
Improver 4 gram
Garam 20 gram
Telur (Grade A,B) 1 biji
Marjerin/Shortening(Lemak Sayur) 200 gram
Ais/Air sejuk fridge 500 ml

Proses Kerja

Campurkan semua bahan ke dalam mixer tapi air tinggalkan dalam 200 ml
gunakan speed 1 masukkan baki air 200 ml perlahan-lahan sedikit2x
Kemudian tukar speed 2-3 dlm 15 mnt hingga doh (bila tarik tak putus macam buat roti canai tu) adun doh hingga jadi elastik
Rehatkan doh 10 minit. Kemudian timbang doh 65 gram & bulatkan dan rehatkan 10mnt. Selepas tu bolehkan bentukkan doh ikut jenis bun yang hendak dibuat dan letakkan dlm tray
masukkan doh dlm proofer hingga doh naik 2 x ganda
keluarkan doh lakukan proses hiasan akhir ke atas doh
masuk tray dlm oven bakar suhu 180'C selama 15 mnt (tambahkan masa sekiranya doh belum cukup masak)
keluarkan tray dan sapukan marjerin (glasing) atas doh supaya berkilat dan bun sudah pun siap utk dimakan....

Utk pengetahuan puan-puan resepi ini boleh buat pelbagai jenis bun seperti Sausage Cutter Pizza, Mexican Bun (Roti Boy), Sausage Bun, Butter Bun, Cheese Bun, Tuna Bun, Mini Pizza, Cheese Stick Bun, Sausage Roll Bun, Custard Bun, Chicken Mayo Bun, Cinnamon Roll Bun dan juga Donut...


Jadi apa tunggu lagi,Selamat Mencuba ye...

*Insyallah nanti Mama akan cuba letakkan gambar bun & donut ye..



--> Buat Chef Musa, terima kasih Chef sebab ajar Mama buat bun dan donut yang mmg gebu dan mengancam nih... he he

No comments: