Monday, December 22, 2008

Happy 5th Birthday Haaziq

Inilah kek Harijadi buah hati Mama yang sempat Mama buat sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 5 tahun pada 20 December, hari sabtu yang lepas. Pada tahun ini, Haaziq meraikan harijadinya bersama rakan-rakan di sekolahnya DzulIman Putrajaya.



Thursday, December 18, 2008

New Cupcakes Tiers

Salam, dah lama Mama tak berkesempatan post dlm blog, dapat cuti rehat dari Dr Suriati dan agak sibuk sikit dgn tugas di pejabat. Gambar di bawah ni adalah Cupcake Tiers Mama yang dah beli 3 bulan yang lepas..tapi tak sempat nak masuk dlm blog nih..Untuk kegunaan sendiri aje..Insyallah nak beli cupcake tiers yang lebih tinggi lagi ...Cupcake tiers ni kaca jadi kene hati-hati sikit takut nnti pecah jer...seeloknya beli yang acrylic tiers..


Monday, November 03, 2008

Happy 1st Birthday Afreena

Pada 1 Nov yang lepas Mama telah menyiapkan satu tempahan kek Harijadi Barney & Clown CupCake buat adik Afreena sempena ulangtahun yang pertama..Happy 1st Birthday Afreena cute little girl...







Wednesday, October 22, 2008

Blueberry Cake lagi...

Pada 18 Oktober yang lalu, Mama telah menerima satu tempahan kek harijadi drp Puan Farah dari Kota Kemuning untuk harijadi anaknya yang ke 13. Disebabkan tempahan last minute, Mama telah buat kek Blueberry yang simple jer. Terima kasih Puan Farah dan sorry kalu kek tu kurang memuaskan hati Puan Farah sekeluarga.


Monday, October 13, 2008

Soccer Cake

Salam. Alhamdulillah Mama telah menyiapkan tempahan Kek Harijadi Padang Bola Azza dari Putrajaya untuk harijadi adiknya yang ke 9. Thanks for your order Azza and thanks for believed in Mamabakers..



Tuesday, October 07, 2008

Cheese, Carrot & Black Forest Mini Cakes

Di bawah ni gambar yang sempat diambil setelah menyiapkan tempahan kek Hari Raya Aidilfitri yang lalu...







Friday, September 26, 2008

Kek Fondant Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua yang mengunjungi blog Mamabakers. Awal minggu ni Mama telah terima dua tempahan. Pertama ialah tempahan kek untuk majlis istimewa dari Putrajaya. Alhamdulillah tempahan ni berjaya Mama siapkan walaupun terima dalam waktu yang singkat..Terima kasih pada Noor Afizah yang telah memberi kepercayaan pada Mama untuk tempahan 2 kek buah yang bertemakan warna biru turqoise dan pink lembut. Di harap Afizah berpuas hati dengan hasil kek yang telah siap nih ye..Terima kasih daun keladi, lain kali order dengan Mama lagi ye..









Kedua ialah tempahan swiss roll untuk rakan sepejabat Mama iaitu untuk Nadia yang pertama kali beraya di rumah mentuanya di Kuantan. Nadia order Swiss Roll perisa strawberry dan chocolate & ada sedikit flavour cappucino..





Thursday, September 25, 2008

Tuesday, September 16, 2008

Agar-agar Pelangi

Pada minggu lepas, Mama telah buat Agar-agar Pelangi versi Mama. Mudah saja bahan dan cara membuatnya..nanti Mama letak resipi untuk dikongsi bersama ye. Cubalah..



Friday, September 12, 2008

Kerepek Raya Tahun ini...

Salam Ramadhan 1249 pada suma kengkawan yang mengenali diri Mama..Diharap tahun ini dikesempatan yang ada dapat kita sama-sama menjalankan ibadah puasa dan meningkatkan amal ibadah kita di bulan yang penuh keberkatan ini..Amminn...insyallah...

Seperti tahun lepas, tahun ini juga Mama ada jual kerepek. Tapi bergantung kepada permintaan dan stok. Sila hubungi Mama jika nak order ye..






Kerepek Kacang Hijau --> 1/2 kilo RM9







Kerepek Ubi Kari --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Tomato --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Lada Hitam --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Jagung --> 1/2 kilo RM8








Kerepek Ubi Pedas Kering --> 1/2 kilo RM8










Kerepek Pisang Tanduk Masin --> 1/2 kilo RM9.50










Kerepek Pisang Tanduk Manis --> 1/2 kilo RM9.50







Kerepek Tepung Udang Pagoda --> 1/2 kilo RM8










Tat Gulung Nenas RM16 -> 50 pcs





















London Almond RM18 -> 50 pcs

Tuesday, August 12, 2008

Kek Lapis Pn Noraini


Pada 10 Ogos yang lalu, Mama telah berkesempatan bertemu dgn Pn Noraini pakar kek lapis yang terkenal tu..Inilah gambar yang telah sempat dirakamkan pada kelas tersebut. Seramai 27 orang peserta dari seluruh negara termasuk dari Singapura. Baru Mama tau rupanya buat kek lapis ni tidak lah susah sangat cuma, untuk menghasilkan sebiji kek lapis tu, ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kreativiti untuk mencorakkannya..Kalu macam Mama nih, tak taulah brapa lama bole siap kek tu..entah2x 1 hari 1 malam pun lum siap he he he..











Ini lah rupanya Kek Lapis Prun..



Ini pula Kek Lapis Corak tikar



Ini pula gambar Kek Roll Dinda..cute kan...bila dah siap keknya, rasa sayang nak makan he he..jangan risau kek ni boleh tahan selama 3-4 bulan kalu disimpan elok dalam fridge