Tuesday, November 21, 2006

Salam Perkenalan dari MamaBakers DPP
















Assalamualaikum dan salam lebaran diucapkan kepada penduduk DPP. Selamat datang ke MamaBakers DPP. MamaBakers ini baru sahaja dirasmikan pada 1 Syawal yang lalu dan beroperasi secara maya dari rumah. Sebenarnya idea untuk melahirkan MamaBakers ini adalah secara tidak sengaja dan atas dasar suka-suka saje dan minat yg mendalam untuk mencuba dan belajar buat pelbagai kek,cookies,roti dan sebagainya utk famili sendiri sebabnya kami sekeluarga memang gemar memakannya. Sebab yang paling utama sekali ialah sejak awal tahun ini kita semua dikejutkan dgn berita yang mempersoalkan sumber makanan harian org islam yg jadi tajuk perbualan semua org yang dah tak halal lagi nih..apa tidaknya roti highfive pun dah tak halal. Abis camno, org kita la ni semuanya makan roti betul tak ?? Jadinya bermula dari detik itulah MamaBakers ini dilahirkan dan tujuannya adalah untuk membantu puan-puan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan kering bakeri seperti bahan kek, kueh-mueh,pastri,alatan dan sebagainya utk puan-puan buat sendiri dirumah dan kalau boleh selepas ni tak payah beli dahh... Sekarang ni org islam digalakkan utk belajar buat sendiri semua jenis makanan dirumah supaya kita 'YAKIN' makanan yang dimakan oleh keluarga kita tu mmg halal 100%. Juga di MamaBakers ni puan-puan boleh berkongsi resepi,petua,pandangan,pendapat,maklumat atau apa sahaja yang berkaitan ttg kek, kueh-mueh, pastri dan sebagainya utk manfaat kita semua bersama.

Untuk pengetahuan puan-puan, sebagai permulaan MamaBakers hanya beroperasi secara maya dari rumah pada hujung minggu sahaja. Jika puan-puan ingin membuat pesanan dan tempahan sila hubungi MamaBakers atau melalui email MamaBakers@gmail.com. Setiap pesanan yang melebihi RM100 dan berada di kawasan DPP, MamaBakers akan membuat penghantaran terus ke rumah pemesan secepat mungkin selepas pesanan diterima. Semua pesanan hendaklah disertakan no telefon dan alamat lengkap supaya dpt dihantar dgn cepat. Dan jika pesanan kurang dari amaun tersebut, puan-puan boleh dapatkan terus sendiri di MamaBakers. Tetapi jangan lupa hubungi MamaBakers dulu utk buat tempahan dan temujanji ye...Jumpa di MamaBakers ...