Tuesday, August 12, 2008

Kek Lapis Pn Noraini


Pada 10 Ogos yang lalu, Mama telah berkesempatan bertemu dgn Pn Noraini pakar kek lapis yang terkenal tu..Inilah gambar yang telah sempat dirakamkan pada kelas tersebut. Seramai 27 orang peserta dari seluruh negara termasuk dari Singapura. Baru Mama tau rupanya buat kek lapis ni tidak lah susah sangat cuma, untuk menghasilkan sebiji kek lapis tu, ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kreativiti untuk mencorakkannya..Kalu macam Mama nih, tak taulah brapa lama bole siap kek tu..entah2x 1 hari 1 malam pun lum siap he he he..











Ini lah rupanya Kek Lapis Prun..



Ini pula Kek Lapis Corak tikar



Ini pula gambar Kek Roll Dinda..cute kan...bila dah siap keknya, rasa sayang nak makan he he..jangan risau kek ni boleh tahan selama 3-4 bulan kalu disimpan elok dalam fridge



Wednesday, August 06, 2008

Norsham Cameron Highlands



Pada 2 Ogos yang lalu semasa kami bercuti dan menginap di Royal Lily Apartment Cameron Highlands, kami telah berkenalan dengan seorang usahawan roti dan kek yang berasal dari Londang, Melaka. Beliau adalah En Hj Badrul Sham dan isterinya Puan Hjh Normah yang telah mengusahakan kedai bakery di Taman Royal Lily lebih setahun yang lalu. Mama sungguh teruja dan bangga bila melihat ada usahawan melayu yang berani ceburi bisnes nih di Cameron Highlands..Walaupun sempat berbual dan berkenalan dalam waktu yang begitu singkat tapi dapat juga Mama sekeluarga merasa roti beliau. Mama ucapkan Selamat Maju Jaya pada Norsham Homemade Confectionary. Manalah tau kan Mama boleh belajar dari beliau cara untuk memulakan perniagaan kek dan roti nih..Semoga kejayaan beliau dapat dijadikan inspirasi buat Mama untuk mengikut jejak langkah beliau satu hari nanti, insyaallah.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang beliau, boleh layari link ini http://www.geocities.com/normahsham/
Tuan punya kedai tu yang berbaju hijau

Happy Birthday Abah...

Pada 3 Ogos yang lalu kami sekeluarga telah meraikan hari jadi Abah di Cameron Highlands..memang sronok...