Wednesday, August 06, 2008

Norsham Cameron Highlands



Pada 2 Ogos yang lalu semasa kami bercuti dan menginap di Royal Lily Apartment Cameron Highlands, kami telah berkenalan dengan seorang usahawan roti dan kek yang berasal dari Londang, Melaka. Beliau adalah En Hj Badrul Sham dan isterinya Puan Hjh Normah yang telah mengusahakan kedai bakery di Taman Royal Lily lebih setahun yang lalu. Mama sungguh teruja dan bangga bila melihat ada usahawan melayu yang berani ceburi bisnes nih di Cameron Highlands..Walaupun sempat berbual dan berkenalan dalam waktu yang begitu singkat tapi dapat juga Mama sekeluarga merasa roti beliau. Mama ucapkan Selamat Maju Jaya pada Norsham Homemade Confectionary. Manalah tau kan Mama boleh belajar dari beliau cara untuk memulakan perniagaan kek dan roti nih..Semoga kejayaan beliau dapat dijadikan inspirasi buat Mama untuk mengikut jejak langkah beliau satu hari nanti, insyaallah.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang beliau, boleh layari link ini http://www.geocities.com/normahsham/
Tuan punya kedai tu yang berbaju hijau

No comments: