Saturday, May 19, 2007

Bun dan Donut

Nak belajar cara buat Bun dan Donut tak? Cuba ler resepi yang Mama telah blajar dari Chef Musa ni yer..pasti gebu... he he he..

Bahan-bahan

Tepung Roti/Tepung High Protein 1 kg
Gula 200 gram
Yis 20 gram
Susu Tepung 50 gram
Improver 4 gram
Garam 20 gram
Telur (Grade A,B) 1 biji
Marjerin/Shortening(Lemak Sayur) 200 gram
Ais/Air sejuk fridge 500 ml

Proses Kerja

Campurkan semua bahan ke dalam mixer tapi air tinggalkan dalam 200 ml
gunakan speed 1 masukkan baki air 200 ml perlahan-lahan sedikit2x
Kemudian tukar speed 2-3 dlm 15 mnt hingga doh (bila tarik tak putus macam buat roti canai tu) adun doh hingga jadi elastik
Rehatkan doh 10 minit. Kemudian timbang doh 65 gram & bulatkan dan rehatkan 10mnt. Selepas tu bolehkan bentukkan doh ikut jenis bun yang hendak dibuat dan letakkan dlm tray
masukkan doh dlm proofer hingga doh naik 2 x ganda
keluarkan doh lakukan proses hiasan akhir ke atas doh
masuk tray dlm oven bakar suhu 180'C selama 15 mnt (tambahkan masa sekiranya doh belum cukup masak)
keluarkan tray dan sapukan marjerin (glasing) atas doh supaya berkilat dan bun sudah pun siap utk dimakan....

Utk pengetahuan puan-puan resepi ini boleh buat pelbagai jenis bun seperti Sausage Cutter Pizza, Mexican Bun (Roti Boy), Sausage Bun, Butter Bun, Cheese Bun, Tuna Bun, Mini Pizza, Cheese Stick Bun, Sausage Roll Bun, Custard Bun, Chicken Mayo Bun, Cinnamon Roll Bun dan juga Donut...


Jadi apa tunggu lagi,Selamat Mencuba ye...

*Insyallah nanti Mama akan cuba letakkan gambar bun & donut ye..



--> Buat Chef Musa, terima kasih Chef sebab ajar Mama buat bun dan donut yang mmg gebu dan mengancam nih... he he

Thursday, May 17, 2007

Roti Arab

Salam keluarga bahagia dari MamaBakers..Pernah ker puan-puan makan roti arab ni...Kalau nak tau, roti arab ni memang kegemaran Mama sekeluarga. Roti ni bole dimakan bersama kuah kari, soup, sambal sardin atau sambal tumis ikan bilis.. mesti terangkat..so Mama nak share resepi yang mama blajar dengan Chef Farid yang lebih ringan dan gebu...mengancam u....



Resepi

High Protein Flour/Tepung Roti 500 g
Gula 25 g
Margerin 25 g
Yeast 10 g
Improver 5 g
Air Sejuk 250 ml



Proses Kerja:

--> Adunkan semua bahan > Rehatkan Dough 10 Minit < timbang Dough 120 g < Rehatkan dough 10 minit < Ratakan dough (Macam Buat Pizza) < Isikan dough yang telah rata ke dalam bekas kek acuan bulat 7" X 7" < Biar kan ianya naik 2 x ganda < Bakar pada suhu 190 C atau brape lama bakar kene tengok jenis oven yang digunakan selama 15 minit pertama atau bakar hingga warna keperangan....


Selamat mencuba...

Tuesday, May 15, 2007

Buat Roti Makan Roti...yam yam yam


Hai,

Kali ni Mama nak share macamana cara buat roti pulak..Mama ada jugak gi blajar dengan Chef Musa buat beberapa jenis roti yang biasa kita makan tuh..tapi berapa pandai lagi buat roti ni...so jgn tak cuba tau....



French Loaf Bread / Roti Perancis

Bahan


Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 10 gram
*Garam 10 gram
Improver (utk kembang) 5 gram
Yis kering 10 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin/planta/butter (utk lembut)*Optional 25 gram
Susu Tepung 20 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 300 ml (ikut dough mesti tak lembik/keras

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga sebati guna acuan roti. Speed 1, bila dah sebati tukar speed 2 hingga tak melekat & sebati (hingga 15 mnt)

--> Keluarkan doh, lakukan proses "Bantingan" perap 1 jam & tutup dgn bekas/kain basah
--> Rehatkan doh selama 1/2 - 1 jam. (Ikut cuaca kalau panas tak perlu tunggu perap lama. Bila doh naik 2x ganda dah boleh bhgkan doh)
--> Bahagikan doh seberat 200-350 gram
--> Bulatkan doh dgn proses bulat & rehatkan selama 1/2 jam
--> Ratakan doh dan gulung doh tersebut
--> Letakkan doh atas dulang pembakar
--> masukkan dlm proofer/secara semulajadi, biarkan doh kembang sekali ganda
--> Keluarkan dulang dan sapukan doh dgn air, lakukan proses ini berhati-hati agar tidak cederakan doh
--> Bakar pada suhu 200'c selamat 20 mnt

Garlic Spread

Marjerin
Bwg putih
Daun bwg/pasli

Blend bhn diatas hingga sebati dan sapukan pada roti utk dimakan


Potato Bread/Raisin Bread

Bahan

Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 50 gram
*Garam 5 gram
Susu Tepung 25 gram
Telur 1 biji
Yis kering 10 gram
Potato Flake 100 gram
Marjerin (utk lembutkan doh 50 gram (Kalu nak lebih pun bole)
Air Sejuk / Ais dlm fridge 300 ml - 450 ml
Pewarna kuning - Lemon/yellow color
*Raisin (utk Raisin Bread shj) 50 gram

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga jadi elastic. Speed 1 bila doh sebati tukar speed 2 hingga doh sebati
--> Keluarkan doh dan rehatkan selama 5-15 mnt
--> Bahagikan doh seberat 40 gram (utk potato bread), 250 gram (utk raisin bread) dan susunkan doh sebyk enam biji di atas dulang pembakar
--> Masukkan dulang pembakar dlm proofer hingga doh naik 2x ganda
--> sediakan tepung kastad (utk topping) yang dicampur dgn air, masukkan dlm piping bag
--> picitkan piping bag atas doh
--> masukkan doh dlm oven, bakar selama 18-20 mnt 180'c


Whole Meal Bread

Bahan


Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 75 gram
Garam 7 gram
Improver (utk kembang) 5 gram
Yis kering 10 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin 50 gram
Susu Tepung 20 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 400 ml
Telur 50 ml/1 biji
Tepung Oat 100 gram

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan hingga jadi sebati kecuali oat flour
--> bila doh dah sebati masukkan oat flour
--> keluarkan doh lakukan teknik "Bantingan"
--> rehatkan doh selama 5 mnt
--> bahagikan doh seberat 200 gram
--> rehatkan kali ke2
--> bentukkan doh berbentuk oval/bulat
--> letakkan doh atas dulang pembakar, masukkan dlm proofer
--> doh akan kembang 2x ganda
--> keluarkan doh, dan sapukan air atas doh
--> bakar 180'c selama 20 mnt

Sandwich Bread


Bahan



Tepung High Protin 500 gram
Gula castor/kasar 50 gram
Garam 15 gram
Improver (utk kembang) 7 gram
Yis kering 15 gram (Yis basah kene 2x ganda dr yis kering)
Marjerin/ Shortening 45 gram
Susu Tepung 25 gram
Air Sejuk / Ais dlm fridge 250 ml

Proses Kerja


--> Adunkan kesemua bahan selama 1/2 jam hingga jadi sebati
--> Keluarkan doh, lakukan teknik "Bantingan"
--> Rehatkan doh hingga naik 2x ganda
--> Bahagikan doh seberat 450 gram bulatkan , 1 bhg putih 1 bhg doh + pewarna coklat (kene mixer hingga sebati
--> Rehatkan kali ke2
--> Ratakan doh gunakan rolling pin, gulung doh
--> Letakkan doh ke dlm mould tutup dgn tray
--> masukkan dlm proofer
--> doh akan kembang 2x ganda
--> keluarkan doh
--> bakar 180'c selama 20 minit

Friday, May 11, 2007

Nak Blajar Swiss Roll tak ??






























Salam,

Mama nak kongsi resepi buat Swiss Roll...sebenarnya tak susah buat swiss roll ni..so jgn tak cuba...


* Bahan yg digunakan sama seperti buat Black Forest Cake cuma tambah...

Perasa vanilla/strawberry/pandan/koko


Caranya

Lapik acuan kek/tray dengan kertas















masukkan adunan dlm tray














timbang berat 1000g - 1200g berat adunan bersama dgn tray skali
titikkan sdk pewarna atas adunan dan buat corak lorek atas adunan tu
Bakar dlm oven 180'C selama 15-20 minit mengikut jenis oven yg digunakan
















Selepas kek masak, terbalikan kek atas kertas
potong serong sdk bhg hujung kek dan sapukan butter cream atas kek tu
gulung kek tu dgn cara tolak kek hingga jadi spt swiss roll


















Camtulah caranya...senang jer kan ..harap puan-puan cuba buat resepi ni dan jgn "give-up"
kalu tak jadi..cuba buat lagi sehingga jadi...Mama pun macam tu jugak..1st time try tak jadi..pastu try lagi beberapa kali baru ler jadi...


Selamat mencuba dari Mama...

Thursday, May 10, 2007

Jom Belajar Fresh Cream Kek ..

Assalamualaikum,

Hari ni mama ingin kongsi satu lagi resepi Fresh krim kek yang telah Mama belajar dengan Chef Ramli pada tahun lepas...



BlackForest Cake
Blueberry Cake
Fruit Flan Cake

Resepi

1. Sponge Cake Mix 500 gram (utk 4 biji kek acuan 7x7x2 berat 430g setiap 1 biji kek)
Telur 8 biji
Air/Fresh Milk 100 ml
Perasa

2. Minyak masak/Jagung 100 ml

Proses Kerja

--> Masukkan 1. adun gunakan kelajuan 1 seketika, kemudian gunakan kelajuan 3, putar hingga adunan jadi kembang, kemudian campur coklat emulco 3 sudu bila adunan sudah kembang

--> Seterusnya, masukkan 2. ke dalam 1., adun perlahan sehingga adunan jadi sebati

--> Masukkan keseluruhan adunan ke dalam acuan kek yang telah disapu minyak, bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit bergantung kepada jenis oven yang digunakan.


Steps pukul adunan


Slow
Medium
High Speed
Perasa
Slow
Minyak


Standard Ukuran dan Berat Kek


Berat Kek Ukuran Acuan Ukuran Papan Ukuran Kotak


2 KG 14” x 14” x 2” 15” x 15” 15” x 15”
1.5 kg 12” x 12 “ 12.5” x 12.5” 12.5” x 12.5”
1 kg 10” x 10” 10.5” x 10.5” 10.5” x 10.5”
800 gram 8” x 8” 9” x 9” 9” x 9”
500 gram 7” x 7” x 2” 8” x 8” 8” x 8” x 4”


Fresh Cream

Masukkan fresh cream(Whipping cream - anchor/riche) ke dalam bowl adun hingga cream jadi kembang/putih shj & topping atas kek


Bahan Asas Black Forest Cake(Kek Chocolate Sponge)
------------------------------------------------------------------------
Fruit Pitted Cherry
Fruit Cherry - Narashino Cherries
Chocolate Block - Hiasan tepi kek
Chocolate Rice - Hiasan tepi kek


Bahan Asas Blueberry Cake (Vanilla Sponge Cake)
-------------------------------------------------------------------
Bluerry Filling - Biji


Bahan Asas Fruit Flan Cake (Vanilla Sponge Cake)
-------------------------------------------------------------------
Fruit Cocktail - (bhg dlm) - Riverdale fruit cocktail in syrup
Peach Cocktail - (bhg atas) - anggur/apple/peach/strawberry/kiwi
Almond Dice
Apricot Glaze - sapu atas buah & berkilat (dimasak atas api + sedikit air (biar cair)

Butter Cream

1.Butter 250 gram
2.KrimWell 750 gram
3.Sugar syrup 600 ml
4.Sdk esen vanilla

Caranya:

1 + 2 putar separuh kembang + gula + esen vanilla (Slow speed --> medium --> high speed)

Gula Sirap

1.Gula 1 kg
2.Air 400ml
3.Asid Citrid/limau nipis 2 gram

Fresh Cream (4 biji kek 1/2 kg)

1 liter fresh cream (brand shine road) pukul slow speed --> medium speed


Selamat mencuba ye...