Thursday, December 21, 2006

Resepi baru ....Simple Cheese Cake

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di MamaBakers...macamana Puan-puan dah mencuba ker resepi yang saya telah kongsi dalam bulan lepas tu..haa..sekarang ni saya nak kongsi lagi dua resepi yang disukai ramai


Resepi Simple Cheese Cake

1. Spong Cake Mix 500 gram
Telur(B) 9 biji
Susu UHT 100 ml
2. Cream Cheese 500 gram
3. Minyak Masak 100 ml

Proses Kerja:

1. Adunkan (1) hingga menjadi kembang - High speed
2. Cairkan Cream Cheese(double Boiller)
3. Masukkan Cream Cheese kedalam (1)- Low Speed.Adun hingga sebati
4. Masukkan minyak hingga sebati - Low speed.adun jangan lama sangat,
nanti kualiti kekak akan terjejas.
5. Masukkan ke dalam acuan, isikan acuan di didalam takungan yang berisi air,
bakar pada suhu 150 C selama 45 minit pertama.


Resepi Almond Toast

1. Putih Telur 8 biji/Cream oh Tartar 1/4 sudu/Gula Merah 180 gram
2. Tepung 240 grm/Badam 200 gram

Proses Kerja:

* Adunkan (1) hingga kembang-High Speed
* Gaulkan Tepung dengan Badam (Badam di bakar dahulu),dan masukkan kedalam (1)-Low Speed
* Kemudian masukkan dough kedalam bekas kek (7cm X 3cm)
* Bakar pada suhu 180 C sehingga 3/4 masak
* Keluarkan Dough,potong nipis ( 3mm),susun atas tray,bakar hingga kering
* Bila sejuk,bungkus dengan plastik yg kedap udara.


Jangan lupa try out this resipe ...

No comments: