Thursday, December 21, 2006

Nak Cuba Resipi ??

Assalamualaikum wbt. Apa kabar puan-puan DPP. Hari ini saya ingin berkongsi dua resipi yang telah diberi oleh Chef Farid dari Bakeri Ria Academy. MamaBakers pun belum sempat mencubanya lagi tapi harap puan-puan akan mencubanya dulu ye..Dan kalau ada puan-puan yang telah mencuba resipi ini nanti harap dapat kita kongsikan bersama hasil dari resipi yang MamaBakers bagi ni ye...

Resepi Sour Cream Cheese Cake

1. Cheese Cream 500 gram
Icing Sugar 110 gram

2. Kuning Telur 2 biji

3. UHt Milk 10 ml
Sour Cream 150 gram
Freash Cream 50 ml
Corn Flour 30 gram

4. Putih Telur 2 biji
Icing Sigar 30 gram
Base Spong Cake

Proses Kerja:
* Adunkan (1) hingga menjadi keputihan
* Masukkan (2) satu persatu(pastikan gula menjadi hancur)
* Masukkan (3), adun hingga sebati
* Putar (4) hingga menajdi kembang(Meringeu)
* Masukkan (4) kedalam (3), kacau hingga sebati
* Potong Sponge Cake, Buat base dalam acuan.
* Masukkan dough kedalam acuan,isikan acuan kedalam tray yang berisi air(kukus) bakar pada suho 160 C, selama 4o minit yg pertama,

Personal Resepi Chocolate Moist Cake Cheffarid

1. Kuning Telur 5 biji,Gula 130 gram,Susu Uht 25 ml
2.Butter 180 gram
3.Coco Powder 32 gram
4.Gula 130 gram, Telur Putih 5 biji
5.Tepung 150 gram, Baking Powder 5 gram, Soda Bicarbonate 5 gram
Sedikit Chocolate Emulco

Proses Kerja:
* Adunkan 1 selama 1 minit-medium speed
*Masak 2, hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
*Adunkan 4, hingga kembang-high speed
*Akhir sekali adunkan semua bahan hingga sebati-low speed

Topping
1.Chocolate Block 1250 gram
2.Coco Powder 150 gram, Air Panas 425 ml, Susu Pekat Manis Secukup

Nota:-
Jika ada yang tak faham,sila tanya MamaBakers di Tag Box yang ada di sebelah kiri tu ye.

Selamat Mencuba !!!

No comments: