Friday, December 22, 2006

Camne nak buat icing butter cream kek nih...



























Resepi Butter Cream

Ada bermacam resepi membuat Butter Cream untuk menghias kek, salah satu resepi yang biasa digunakan ialah:

Creamlite/Creamweel - 1750 gram
Butter - 250 gram
Gula Sirap - 1200 gram

Proses Kerja:

* Adunkan semua bahan sehingga kembang
* Gunakan warna yang sesuai,Ingat! biasanya untuk sebiji kek yang cantik, warnanya tidak melebi 2 jenis warna,selain warna hijau yang khusus untuk membuat daun.

Cara Membuat Gula Sirap

Gula 1oo0 gram/Air 6oo ml - Masak Hingga Mendidih, Selepas Itu Biarkannya Sejuk.

Chocolate Moist Cake Chef Farid

Personal Resepi Chocolate Moist Cake Cheffarid

Resepi 1

1. Kuning Telur 5 biji,Gula 130 gram,Susu Uht 25 ml
2.Butter 180 gram
3.Coco Powder 32 gram
4.Gula 130 gram, Telur Putih 5 biji
5.Tepung 150 gram, Baking Powder 5 gram, Soda Bicarbonate 5 gram
Sedikit Chocolate Emulco

Proses Kerja:

* Adunkan 1 selama 1 minit-medium speed
*Masak 2, hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
*Adunkan 4, hingga kembang-high speed
*Akhir sekali adunkan semua bahan hingga sebati-low speed

Topping

1.Chocolate Block 1250 gram
2.Coco Powder 150 gram, Air Panas 425 ml, Susu Pekat Manis Secukup





Resepi Strawberry Muffin

1.Gula Halus 200 gram
Butter 200 gram
2.Telur 6 biji
3.Tepung Cake 385 gram
Baking Powder 50 gram
4.UHT Milk 100 ml
5.Minyak Masak 100 gram
6.Strawberry Filling

Proses Kerja:

*Adunkan 1 hingga putih
*Masukkan 2, adun hingga kembang
*Kemudian masukkan 3, adun hingga sebati
*Masukkan 4, adun, diikuti masukkan 5
*Rehat kan doh dalam Chiller selama 2 hari
*Masukkan doh ke dalam Paper Cup, hiaskan bahagian atas doh dengan Strawberry Filling.Bakar dengan suhu 200 C atas dan 190 C dibawah. selama 30 minit.



Resepi Membuat Topping Chocolate Moist

RESEPI 1

1. Compound Chocolate 1 block
2. Coco Powder 333 gram
Air 150 ml
3. Susu Pekat Manis Secukup Rasa

Proses Kerja:

*Panaskan (1) hingga Cair
*Masakkan (2) hingga mendidih
*Masukkan (2) kedalam (1), adun menggunakan Sudu
*Masukkan (3) secukup rasa, dan biarkan sejuk.

RESEPI 2

1. Compound Chocolate 1 block
2. Single Cream/Bridel/Freash Cream 1 kotak

Proses Kerja:

* Cairkan dahulu Chocolate Block
* Masukkan (2), kacau hingga sebati, dan biarkan sejuk.



Resepi Simple Banana Cake

1.Sponge Cake Mix 500 gram
Telur (B) 8 biji
Air 100 ml
Sedikit Perasa Pisang
2.Pisang Berangan 500 gram(dihancurkan)
3.Minyak Masak 100 ml

Proses Kerja:

-Adunkan (1) hingga kembang - High Speed
-Masukkan (2) kedalam (1) hingga sebari - Medium Speed
-Akhir sekali, masukkan (3), adun hingga sebati - Low Speed
-Masukkan dough kedalam acuan, hiaskan dengan Walnut
-bakar pada suhu 180 c, selama 25 minit pertama.



Resepi Mocha Bread

1. High Protein Flour 400 gram
Gula Halus 100 gram
Garam 5 gram
Yeast 10 gram
Bread Improver 5 gram
Butter 100 gram
Telur 1 biji
Classic Mocha 10 gram
Air Sejuk 250 ml

2. Easy Alphine Grain 50 gram
Easy Multicerial 50 gram

Proses Kerja:

Adunkan (1) hingga menjadi elastic.
Kemudian masukkan (2) adun hingg sebati.
Keluarkan dough - rehat pertama
bahagikan dough - rehat kedua
Hiaskan dough. Biarkan dough kembang sekali ganda
Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit pertama.Classic Mocha, (Easy Alphine Grain & Easy Multicerial- boleh diganti dengan queker oat atau whole meal)

Nota :-



Selamat Mencuba..........

Tips lagi..

Tips Melembutkan Kek

Assalamualaikum, sering kali apabila membuat kek, kek menjadi keras. Ada beberapa faktor yang akan membuatkan kek menjadi keras, antaranya, resepi yang tidak lengkap, keantiti tepung yang lebih suhu pembakaran yang tidak rata(sesuai). Walaubagaimanapun, jika kita telah membuat kek yang keras apabila keluar dari Oven, ada cara yang boleh dilakukan agar kek itu menjadi lembut, cara-cara ialah:
1. Biarkan kek itu menjadi sejuk.
2. Bungkus dengan plastik yang kedap udara (bekas plastik boleh juga digunakan)
3. Biarkan bungkusan itu semalaman
4. Keesokan hari barulah buka bungkusan tersebut (boleh dipanaskan seketika menggunakan Microwave)
5. Proses ini akan mengakibatkan minyak yang ada pada kek tersebut timbul, seterusnya menjadikan kek tersebut menjadi lembut.

Selamat Mencuba...............Wassalam

Tip Buat Butter Cake

Tips Membuat Butter Cake

* MENGAPA BUTTER CAKE ANDA TENGGELAM DIBAHAGIAN TENGAH?
* MENGAPA BUTTER CAKE APABILA KELUAR DARI OVEN, PADA MULANYA TINGGI, TAPI APABILA SEJUK, IA AKAN MENJADI TURUN (JATUH)

JAWAPANNYA:

1. Apabila selesai mengadunkan Butter Cake, masukkan dough kedalam acuan, gunakan bahagian belakang sudu, kacau dough tersebut perlahan-lahan, supaya angin didalam kek akan keluar, kacau lama sikit pun tak pa, tak menjejaskan kualiti kek.
2. Apabila kek sudah masak, keluarkan dough kek dengan kadar segera (kek masih panas), ini mengelakkan kek daripada turun.

Thursday, December 21, 2006

Resepi baru ....Simple Cheese Cake

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di MamaBakers...macamana Puan-puan dah mencuba ker resepi yang saya telah kongsi dalam bulan lepas tu..haa..sekarang ni saya nak kongsi lagi dua resepi yang disukai ramai


Resepi Simple Cheese Cake

1. Spong Cake Mix 500 gram
Telur(B) 9 biji
Susu UHT 100 ml
2. Cream Cheese 500 gram
3. Minyak Masak 100 ml

Proses Kerja:

1. Adunkan (1) hingga menjadi kembang - High speed
2. Cairkan Cream Cheese(double Boiller)
3. Masukkan Cream Cheese kedalam (1)- Low Speed.Adun hingga sebati
4. Masukkan minyak hingga sebati - Low speed.adun jangan lama sangat,
nanti kualiti kekak akan terjejas.
5. Masukkan ke dalam acuan, isikan acuan di didalam takungan yang berisi air,
bakar pada suhu 150 C selama 45 minit pertama.


Resepi Almond Toast

1. Putih Telur 8 biji/Cream oh Tartar 1/4 sudu/Gula Merah 180 gram
2. Tepung 240 grm/Badam 200 gram

Proses Kerja:

* Adunkan (1) hingga kembang-High Speed
* Gaulkan Tepung dengan Badam (Badam di bakar dahulu),dan masukkan kedalam (1)-Low Speed
* Kemudian masukkan dough kedalam bekas kek (7cm X 3cm)
* Bakar pada suhu 180 C sehingga 3/4 masak
* Keluarkan Dough,potong nipis ( 3mm),susun atas tray,bakar hingga kering
* Bila sejuk,bungkus dengan plastik yg kedap udara.


Jangan lupa try out this resipe ...

Nak Cuba Resipi ??

Assalamualaikum wbt. Apa kabar puan-puan DPP. Hari ini saya ingin berkongsi dua resipi yang telah diberi oleh Chef Farid dari Bakeri Ria Academy. MamaBakers pun belum sempat mencubanya lagi tapi harap puan-puan akan mencubanya dulu ye..Dan kalau ada puan-puan yang telah mencuba resipi ini nanti harap dapat kita kongsikan bersama hasil dari resipi yang MamaBakers bagi ni ye...

Resepi Sour Cream Cheese Cake

1. Cheese Cream 500 gram
Icing Sugar 110 gram

2. Kuning Telur 2 biji

3. UHt Milk 10 ml
Sour Cream 150 gram
Freash Cream 50 ml
Corn Flour 30 gram

4. Putih Telur 2 biji
Icing Sigar 30 gram
Base Spong Cake

Proses Kerja:
* Adunkan (1) hingga menjadi keputihan
* Masukkan (2) satu persatu(pastikan gula menjadi hancur)
* Masukkan (3), adun hingga sebati
* Putar (4) hingga menajdi kembang(Meringeu)
* Masukkan (4) kedalam (3), kacau hingga sebati
* Potong Sponge Cake, Buat base dalam acuan.
* Masukkan dough kedalam acuan,isikan acuan kedalam tray yang berisi air(kukus) bakar pada suho 160 C, selama 4o minit yg pertama,

Personal Resepi Chocolate Moist Cake Cheffarid

1. Kuning Telur 5 biji,Gula 130 gram,Susu Uht 25 ml
2.Butter 180 gram
3.Coco Powder 32 gram
4.Gula 130 gram, Telur Putih 5 biji
5.Tepung 150 gram, Baking Powder 5 gram, Soda Bicarbonate 5 gram
Sedikit Chocolate Emulco

Proses Kerja:
* Adunkan 1 selama 1 minit-medium speed
*Masak 2, hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
*Adunkan 4, hingga kembang-high speed
*Akhir sekali adunkan semua bahan hingga sebati-low speed

Topping
1.Chocolate Block 1250 gram
2.Coco Powder 150 gram, Air Panas 425 ml, Susu Pekat Manis Secukup

Nota:-
Jika ada yang tak faham,sila tanya MamaBakers di Tag Box yang ada di sebelah kiri tu ye.

Selamat Mencuba !!!

Senarai Bahan MamaBakers



Item RM

**Harap Maaf..This page is under construction**


Butter Fatura
Butter Buttercup
Butter Fern Leaf
Gula Icing 1 kg
Gula Icing 2 kg
Gula Castor 1 kg
Tepung - Blue Key
Tepung gandum - Biasa
Tepung - Superfine 500gm
Tepung - High Protein 1 kg
Telur gred A
Telur gred B
Vanilla Essense 30gm
Cooking Chocolate Bar
Chocolate emulco
Pastry Margarine 500gm
Tepung Jagung
Sponge Cake Mix - Plain 500gm
Sponge Cake Mix - Chocolate 500gm
Cream Well 250gm
Cream Lite
Bread improver
Bread softener 25gm
Bread softener 500gm
Instant Yeast - Mauripan 55gm/1 box
Shortening 500gm
Milk powder 250gm
Potato Flake 500gm
Chocolate rice 500gm
Cocoa powder
Greese proof paper
Mix fruit/raisin 500gm
Paper cup almond london 1000pcs
Paper cup almond london 1000pcs
Custard powder 500gm
Double action baking powder 25gm
Badam Sebiji
Badam Cincang
Kacang Walnut 250gm
Round Cookies containers 1 pc
Round Cookies containers 24pcs/1 box
Round Cookies containers 240pcs/10 boxes
Plastic Cookies containers paten 25 w holder each
Plastic Cookies containers paten 25 w holder


Nota:-

Jika ada bhn yang tak terdapat dalam 'list' di atas bole hubungi MamaBakers ye...



Jumpa di MamaBakers !!!!

Jalan-Jalan Carik Bahan..

Alhamdulillah bertemu lagi kita di MamaBakers ini..adakah puan-puan dah dapat mencari kedai bahan kek yang berdekatan dengan tempat puan-puan?? Ada satu kedai di Bangi berdekatan dengan Warta tu puan-puan tapi yang itu kedai org "cha ya nun alif" dan jauh sikit dari DPP ni. Jadi kalau puan-puan ingin dapatkan bahan-bahan untuk buat kek,kueh-mueh dan sebagainya bole la singgah di MamaBakers..

Insyaallah saya akan cuba 'listkan' senarai bahan yang terdapat di MamaBakers sikit masa lagi ye..harap puan-puan dapat bersabar....Jika ada bahan yang tak ada dlm senarai tu nanti harap puan boleh cadangkan pada saya di ruangan CBox di sebelah kanan tu ye atau puan-puan boleh hubungi Mamabakers secara terus.

Okay jumpa di MamaBakers ye..