Friday, September 26, 2008

Kek Fondant Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua yang mengunjungi blog Mamabakers. Awal minggu ni Mama telah terima dua tempahan. Pertama ialah tempahan kek untuk majlis istimewa dari Putrajaya. Alhamdulillah tempahan ni berjaya Mama siapkan walaupun terima dalam waktu yang singkat..Terima kasih pada Noor Afizah yang telah memberi kepercayaan pada Mama untuk tempahan 2 kek buah yang bertemakan warna biru turqoise dan pink lembut. Di harap Afizah berpuas hati dengan hasil kek yang telah siap nih ye..Terima kasih daun keladi, lain kali order dengan Mama lagi ye..









Kedua ialah tempahan swiss roll untuk rakan sepejabat Mama iaitu untuk Nadia yang pertama kali beraya di rumah mentuanya di Kuantan. Nadia order Swiss Roll perisa strawberry dan chocolate & ada sedikit flavour cappucino..





Tuesday, September 16, 2008

Agar-agar Pelangi

Pada minggu lepas, Mama telah buat Agar-agar Pelangi versi Mama. Mudah saja bahan dan cara membuatnya..nanti Mama letak resipi untuk dikongsi bersama ye. Cubalah..



Friday, September 12, 2008

Kerepek Raya Tahun ini...

Salam Ramadhan 1249 pada suma kengkawan yang mengenali diri Mama..Diharap tahun ini dikesempatan yang ada dapat kita sama-sama menjalankan ibadah puasa dan meningkatkan amal ibadah kita di bulan yang penuh keberkatan ini..Amminn...insyallah...

Seperti tahun lepas, tahun ini juga Mama ada jual kerepek. Tapi bergantung kepada permintaan dan stok. Sila hubungi Mama jika nak order ye..






Kerepek Kacang Hijau --> 1/2 kilo RM9







Kerepek Ubi Kari --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Tomato --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Lada Hitam --> 1/2 kilo RM8
Kerepek Ubi Jagung --> 1/2 kilo RM8








Kerepek Ubi Pedas Kering --> 1/2 kilo RM8










Kerepek Pisang Tanduk Masin --> 1/2 kilo RM9.50










Kerepek Pisang Tanduk Manis --> 1/2 kilo RM9.50







Kerepek Tepung Udang Pagoda --> 1/2 kilo RM8










Tat Gulung Nenas RM16 -> 50 pcs





















London Almond RM18 -> 50 pcs