Thursday, April 19, 2007

Jom blajar buat Kek Krim















Di sini Mama ingin kongsi bersama puan-puan resepi dan macamana cara untuk buat Butter Cream Cake. Resipi ini Mama blajar dari Chef Farid. Jadi Mama ingin kongsi cara buat kek ni..harap puan sudi mencubanye ye..Caranya mudah sahaja..Cuba ikut langkah berikut :-


Resipi

1. Sponge Cake Mix 500 gram
Telur 8 biji (Gred B)
Air (mineral water/fresh milk 100 ml

2. Minyak Masak 100 ml
Perasa


Proses Kerja

-> Adunkan (1) hingga menjadi kembang- Low Speed kemudian High Speed














-> Masukkan minyak & perasa - Slow speed






























-> kemudian isikan dough ke dalam acuan bulat ukuran 7" x 7" (1/2 dari acuan)
Timbang berat 420-450 setiap 8 biji (termasuk bekas acuan) dan bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit






di sebelah kanan inilah rupa kek yang telah masak dan dikeluarkan dari loyang. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk dahulu sebelum disapu krim yea...kalau tidak krim akan cair...







disebelah kiri ni gambar kek yang telah disapu krim dan di hias dengan buah ceri...







Butter Cream

Utk 500gm
Mentega (Fatura Butter/Daisy) 50% 1kg 150
Marjerin (Krim Well/Creamlite 50% 1kg 350
Gula Sirap 60% 1200 gram 300

Cara kiraan 500gram x 20% = 100gm
500gram x 80% = 400gm

Proses Kerja

1. Pukul krim well & butter dengan high speed hingga separuh kembang. Campur mentega hingga campuran tersebut gebu
2. Kemudian campur dengan gula sirap dan pukul dengan perlahan hingga campuran jadi lembut

Nota:-

Kek ini boleh tahan selama 7 hari jika disimpan dalam peti sejuk dengan sempurna.

Gula Sirap

Gula Castor 100% 1 kg (utk 8 biji kek)
Air 60% 600 gram
Air limau nipis (1 sudu) 0.2% 2 gram

Caranya

Didihkan gula dan air limau nipis hingga 115C
Kemudian masakkan selama 30 minit pada suhu rendah
Selepas itu biarkan sejuk
Tujuan guna air limau nipis ialah supaya tidak pekat/beku

Wednesday, April 04, 2007

Happy Birthday Cake..Cake..Cake

Assalamualaikum,

Hai, apa kabar semua, hari ni Mama ingin tunjukkan beberapa contoh jenis Butter Cream Cake yang telah Mama buat special untuk Birthday Cake..Jika ada yang berkenan dan ingin mencubanya bolehlah tempah dengan MamaBakers yea...(itupun kalau ada yang sudi nak cubanya le...he he he). Insyallah Mama sedia menerima tempahan dalam Ukuran Berat Kek 500 gram dan 1kg. Manakala Ukuran Acuan pula ada yang berbentuk bulat, hati (Love Shape),square dan banyak lagi. Dan rekabentuk kek pula boleh mengikut citarasa sendiri ataupun mengikut rekabentuk dan perhiasan MamaBakers. Jangan risau...itu boleh dirundingkan...





Kek ini dinamakan Baby Doll Cake






















haaa kek ini telah dibuat khas untuk "Birthday Cake" anak boss Mama...









Kek ni pulak Mama buat special untuk anak kawan Mama...cantik tak !!!!


































haaaa...kek yang ini Mama buat teristimewa buat Bonda Mama yang tercinta...tapikan waktu snap foto ni kek tu dah nak cair sikit sebab lama sangat duduk dalam bonet kete ...he he he..


















kek ni Mama buat special untuk 'abang' tercinta uuuuu.....


Tuesday, April 03, 2007

Happy Birthday Haaziq .....



























Birthday cake ni Mama buat special untuk buah hati sayang Mama ni tau...nak tau kenapa ? sebab sayang Mama ni mmg suka makan cream cake nih...kalau ada yang berkenan bolehlah tempah dengan MamaBakers yeaaaa....
















Selamat Hari Jadi..Selamat Panjang Umur...Selamat untuk Haziq....mmuah..mmmuah















Assalamualaikum. Apa kabar semua...Adoi..lama sungguh MamaBakers tak update dalam blog ni...sejak join projek baru nih...tak menang tangan dibuatnye...Kadang-kadang kalau di pikir tu..rasa cam nak resign jer...tapi masa lum mengizinkan lagi...insyallah semoga Allah makbulkan cita-cita dan harapan MamaBakers ni...Amminnnnn....

20 Disember 2006 yang lalu ialah birthday buah hati Mama...Haaziq yang ke 3 tahun...so kat sini Mama lampirkan gambar yang diambil waktu tu..takde birthday party pun..cuma sambutan 3 beranak ni jer..tapi mmg cukup meriah dan teruja...insyallah akan terus terpahat dlm hati Mama hingga akhir hayat...














tengok lah telatah sayang Mama nih...tak sabar-sabar nak potong birthday cake nih....